SCAN SAYA
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada anda yang kini bergelar Alumni Kolej Komuniti Lahad Datu! Kejayaan ini merupakan bukti ketabahan, usaha gigih, dan semangat juang yang luar biasa sepanjang pengajian anda. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan. Pihak Kolej Komuniti Lahad Datu amat berbangga dengan anda.
Kami amat menghargai kesudian anda meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Tujuan utama soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada alumni berkaitan pencapaian Objektif Pembelajaran Program (PEO) bagi Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK). Maklum balas anda sangat penting dalam usaha kami menilai keberkesanan program serta menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Soal selidik ini dijangka mengambil masa sekitar 5 hingga 10 minit sahaja untuk dilengkapkan. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan sepenuhnya dan hanya akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan program di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Kerjasama dan sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih atas sumbangan berharga anda dalam membantu pembangunan berterusan program ini.