LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI DI MALAYSIA

Kolej mula beroperasi pada Jun 2001. Pada peringkat awal kolej merupakan laluan alternatif kepada pendidikan tertiari yang memberi penekanan kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan kemahiran melalui pelaksanaan kursus pendek dan penawaran Sijil Kolej sepenuh masa yang mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI LAHAD DATU

05 Julai 2000 :  Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum No.398/2225/00 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan tentang penubuhan konsep dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

15 Julai 2010  :  En. Mohd Fadil Bin Talib merupakan Pegawai  Pendidikan Pengajian Tinggi DH44 yang ditempatkan di Kolej Komuniti Lahad Datu sebagai care-taker.

18 April 2004  :  En. Mohammad Rashid Bin Saad ditempatkan di Kolej Komuniti Lahad Datu sebagai Pengarah Pertama.

12 Mei 2011    :  Majlis penyerahan kunci oleh YBHG Dato SUB Bahagian Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi KPT kepada YBHG Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) Prof Madya Kamarudin Kasim dan disaksikan oleh YB Dr Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam, Sabah. Turut sama adalah Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu iaitu Encik Mohammad Rashid Bin Saad.